Isnin, 21 April 2014

Pertandingan Kawad Peringkat Wilayah Persekutuan

Rabu 30 April 2014 / 30 JamadilAkhir 1435H.

   Pertandingan Kawad Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan telah diadakan bertempat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu :-- 

- Kategori Badan Bukan Kerajaan ( NGO ).

- Kategori Badan Kerajaan ( GO ).

- Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Putera & Puteri.

   Dalam Kategori Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Putera yang di pertandingkan :-

- Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Taman Tun Dr. Ismail;

- Naib Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Batu Muda. 

   Dalam Kategori Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Puteri yang di pertandingkan :-

- Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Puteri Wilayah;

- Naib Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK ( Perempuan ) Jalan Ipoh. 

   Dalam pada itu, sewaktu pertandingan sedang dijalankan, Ahli Jawatankuasa KaReSma  turut bersama dalam memberikan semangat dan sokongan moral kepada semua peserta dari sekolah-sekolah yang bertanding. AJK KaReSma juga berpeluang memberikan penerangan kepada para pelajar KRS mengenai kewujudan dan Penubuhan Persatuan KaReSma serta memberi dan menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai Ahli KaReSma. 

   Selain dari itu, AJK KaReSma juga telah membawa 2 orang Jurugambar Professional bagi merakamkan detik-detik bersejarah serta mendokumentasikan majlis pertandingan tersebut bagi tujuan simpanan dan Koleksi untuk Ruang Galeri KaReSma.

   Akhir kata, tahniah dan syabas kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya dan bagi yang tidak berjaya sebenarnya anda adalah hebat kerana telah berjaya mewakili sekolah dan zon masing-masing.

<<<ILMU-IMAN-AMAL>>>

(((Once KRS forever KRS)))

Pemeriksaan terakhir
AJK KaReSma membuat pemerhatian serta pemeriksaan untuk membaiki kesilapan serta kecuaian dalam perbarisan.
AJK KaReSma memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada peserta pertandingan.
KRS Puteri yang penuh bersemangat.
Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia turut memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada para peserta pertandingan.

Pemeriksaan Perbarisan
Sebahagian dari Peserta Pertandingan
Persembahan Akrobatik Motorsikal
Persembahan Akrobatik Motosikal

1 ulasan:

  1. Maaflah hanya mampu mendoakan dari kejauhan bagi sebuah kejayaan....ex krs generasi 1995-1999 smkttdi

    BalasPadam