Sabtu, 8 Ogos 2015
Majlis Silaturrahim dan Sambutan Hari Raya AidilFitri 2015
Khamis, 30 Julai 2015
Jemputan ke Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kami AJK Sambutan Hari Raya Aidil Fitri KaReSma Malaysia berbesar hati menjemput semua ahli-ahli KaReSma bersama keluarga dan bekas Pelajar KPI / KRIS / KRS untuk Hadir ke :-
Majlis Silaturrahim dan
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015.
Tarikh : 08 Ogos 2015 ( Sabtu ).
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam.
Tempat : Dataran Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, WP.
((( MENU )))
- Kambing Golek.
- Satay & lain-lainnya...
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia
( KaReSma )
<{ Once KRS Forever KRS }>
((( ILMU-IMAN-AMAL )))
Khamis, 16 Julai 2015
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H ( 17/07/2015 )
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Salam 1Syawal & Salam 1Malaysia...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga kita semua sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT...
Sekian. Wassalam.
Ikhlas dari,
Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah ( KaReSma ).
Khamis, 23 April 2015
KaReSma bersama KRS di Kuantan
19 - 23 April 2015, Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Peringkat Kebangsaan 2015 bertempat di Pusat Kokurikulum Kuantan Pahang.
Program ini turut di sertai oleh Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KARESMA ) yang akan menjadi sumber inspirasi serta memberikan dan menambah suntikkan Semangat kepada semua Kontinjen-kontinjen yang hadir dari seluruh pelusuk negeri dalam menjayakan keseluruhan program-program KRS ini dengan lebih hebat.
KARESMA juga telah mengadakan Forum "Apabila KaReSma Berbicara" secara santai. Moderator bagi Forum adalah Ustaz Ahmad Farazila ( Pengasas KRS ) bersama Mejar Anuar ( Pengasas KRS ). Forum ini bertujuan untuk menyuntik Semangat KeNegaraan dan Patriotik serta mempamerkan model-model insan yang telah berjaya melalui penghayatan "ILMU IMAN AMAL" selaku teras dan amalan yang telah di terap dan di sematkan di dalam Modul KRS di peringkat persekolahan. Hasil dari kemenjadian model insan itu telah berjaya melahirkan Generasi Hebat di peringkat Professional ketika ini.
Penerangan tentang penubuhan KaReSma adalah untuk meneruskan lagi kesinambungan KRS ke persada antarabangsa serta ke peringkat yang lebih tinggi dalam melahirkan insan yang berkualiti dan menyediakan landasan untuk bekas KRS untuk terus maju dan berjaya. Di samping mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan semua KRS dari serata negeri yang telah menghadirkan diri pada program ini.
Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Sekretariat KRS, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Pahang, Urusetia Perkhemahan serta kepada semua Ahli KaReSma yang telah melibatkan diri dengan jayanya di dalam program ini. Segala kerjasama yang telah di berikan amatlah kami hargai. Semoga kerjasama hebat ini dapat di teruskan lagi di masa akan datang.
Sekian. Terima kasih.
Once KRS forever KRS.
(((ILMU-IMAN-AMAL)))
Isnin, 9 Mac 2015
Bengkel Halatuju KaReSma 09 & 10/03/2015...
Bengkel Halatuju
Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma )
bersama
Sekretariat KRS Kebangsaan &
Pegawai Tadbir KRS Malaysia
pada 09 & 10 March 2015
bertempat di
Mandarin Court Hotel, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.
Khamis, 5 Februari 2015
Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Pantai Timur kali ke-2
Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Pantai Timur
kali ke-2
Anjuran
Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ).
PIBG SMK Taman Tun Dr Ismail &
Sekretariat KRS WPKL
Pada 31 Jan 2015 - 2 Feb 2015