Isnin, 11 September 2017

Ucapan Rasmi Kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman

Ucapan Rasmi Kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Saya mewakili seluruh warga Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang telah mangkat pada usia 89 tahun (1927-2017) pada 11 September 2017M bersamaan 20 Zulhijjah 1438H pada jam 2.30 petang di Istana Anak Bukit.

Didoakan agar roh Almarhum senantiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan para Salihin oleh Allah s.w.t.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Sekian,

( Mafiz bin Seth )
Pengerusi
Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma )