Isnin, 21 April 2014

Pertandingan Kawad Peringkat Wilayah Persekutuan

Rabu 30 April 2014 / 30 JamadilAkhir 1435H.

   Pertandingan Kawad Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan telah diadakan bertempat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu :-- 

- Kategori Badan Bukan Kerajaan ( NGO ).

- Kategori Badan Kerajaan ( GO ).

- Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Putera & Puteri.

   Dalam Kategori Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Putera yang di pertandingkan :-

- Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Taman Tun Dr. Ismail;

- Naib Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Batu Muda. 

   Dalam Kategori Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Puteri yang di pertandingkan :-

- Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Puteri Wilayah;

- Naib Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK ( Perempuan ) Jalan Ipoh. 

   Dalam pada itu, sewaktu pertandingan sedang dijalankan, Ahli Jawatankuasa KaReSma  turut bersama dalam memberikan semangat dan sokongan moral kepada semua peserta dari sekolah-sekolah yang bertanding. AJK KaReSma juga berpeluang memberikan penerangan kepada para pelajar KRS mengenai kewujudan dan Penubuhan Persatuan KaReSma serta memberi dan menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai Ahli KaReSma. 

   Selain dari itu, AJK KaReSma juga telah membawa 2 orang Jurugambar Professional bagi merakamkan detik-detik bersejarah serta mendokumentasikan majlis pertandingan tersebut bagi tujuan simpanan dan Koleksi untuk Ruang Galeri KaReSma.

   Akhir kata, tahniah dan syabas kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya dan bagi yang tidak berjaya sebenarnya anda adalah hebat kerana telah berjaya mewakili sekolah dan zon masing-masing.

<<<ILMU-IMAN-AMAL>>>

(((Once KRS forever KRS)))

Pemeriksaan terakhir
AJK KaReSma membuat pemerhatian serta pemeriksaan untuk membaiki kesilapan serta kecuaian dalam perbarisan.
AJK KaReSma memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada peserta pertandingan.
KRS Puteri yang penuh bersemangat.
Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia turut memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada para peserta pertandingan.

Pemeriksaan Perbarisan
Sebahagian dari Peserta Pertandingan
Persembahan Akrobatik Motorsikal
Persembahan Akrobatik Motosikal

Rabu, 16 April 2014

KRS : Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Zon Bangsar

Rabu, 16 April 2014, Padang Kem Wardieburn Kuala Lumpur.
  Bermula di awal pagi sehinggalah jam 2.00 petang, telah pun berlangsung dengan jayanya Pertandingan Kawad Kaki di Peringkat Zon Bangsar bagi Sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Unit-unit badan beruniform sekolah.
   Tahniah di ucapkan buat semua pasukan yang telah berjaya. Bagi yang tidak berjaya, kuatkan Semangat anda dan teruskan usaha di masa akan datang. Pasti seatu masa nanti anda akan tetap berjaya. Terbaiklah semuanya...

Isnin, 14 April 2014

Kunjungan Hormat Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) ke Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) di Putrajaya

Isnin 14 April 2014 / 14 JamadilAkhir 1435H.

   Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) di Putrajaya. Kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa KaReSma dan Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) telah bertemu dengan beberapa Pegawai di Kementerian bagi menerangkan halatuju Penubuhan Persatuan KaReSma. Sewaktu pertemuan tersebut, Ahli Jawatankuasa KaReSma telah mendapatkan pandangan dan bimbingan untuk memantapkan lagi pergerakan KaReSma di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa agar ianya selaras  dan menepati dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

   Selain dari itu, satu mesyuarat yang di hadiri oleh Pegawai Tadbir Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Negeri telah di adakan di Kementerian pada waktu yang sama. Ahli Jawatankuasa KaReSma telah di berikan ruang untuk memberikan penerangan dan pencerahan mengenai penubuhan KaReSma dalam mesyuarat tersebut. Penerangan selama 30 minit itu telah menarik minat yang positif dari semua Pegawai yang hadir untuk melebarkan sayap KaReSma ke negeri masing-masing.

Kunjungan hormat dan perbincangan
bersama yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Anuar Bin Haji Abdul Hamid.
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersama dengan yang berbahagia
Encik Wan Mohd Ariffin Bin Wan Hussin.
Pembantu Penolong Pengarah,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersama dengan yang berbahagia
Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia.
Ustaz Ahmad Farazila Bin Abdul Ghani

Penyampaian Cenderahati kepada
Tuan Haji Mohd Anuar Bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyampaian Cenderahati kepada
Encik Wan Mohd Ariffin Bin Wan Hussin
Pembantu Penolong Pengarah,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyampaian Cenderahati kepada
Encik Nazar Bin Mamat
Penolong Pengarah,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Palajaran Malaysia.