Jumaat, 7 November 2014

Aktiviti KaReSma Terkini!!! Program Retreat Nostalgia KaReSma 2014...

Program Retreat Nostalgia KaReSma 2014.
Tarikh : 22 - 23/11/2014.
Bertempat : Bakaugruv Tg Sepat Morib, Selangor.
Jemputan Khas : Pengasas KRS.
Turut di hadiri oleh :-
- Bekas Pelajar Kadet Putera Islam ( KPI ).
- Bekas Pelajar Kadet Remaja Islam Malaysia ( KRIS ).
- Bekas Pelajar Kadet Remaja Sekolah ( KRS ).
- Ahli-ahli KaReSma Pusat.
- Ahli-ahli KaReSma Cawangan.

Pertemuan ini adalah untuk merapatkan lagi Ikatan Silaturrahim di antara Ahli-ahli KaReSma serta untuk membincangkan Aktiviti-Aktiviti KaReSma di masa hadapan...

<<{{Once KRS forever KRS}}>
<<<(((ILMU-IMAN-AMAL)))>>>

Jumaat, 24 Oktober 2014

Program Retreat Nostalgia KaReSma!!!

PERHATIAN AHLI KARESMA!!!

Program "Retreat Nostalgia KaReSma".
Khas untuk semua bekas pelajar KPI / KRIS / KRS.

Program ini akan di adakan pada :-
Tarikh : 22-23 Nov 2014.
Hari : Sabtu & Ahad ( 2 Hari 1 Malam ).
Tempat : BakauGruv Kampung Resort, Tg Sepat Morib, Selangor.
Yuran : RM175 seorang.
*TEMPAT AMATLAH TERHAD!!!

Sila SAH penyertaan anda segera!!!
Semua bayaran adalah melalui Maybank Akaun KaReSma sahaja. No. AC :- 564276517326

Sila maklumkan :-
En Ahmad (019-2516500)
En Azam (016-3870582)

Sekian Terima Kasih.
Wassalam.
Once KRS forever KRS
ILMU-IMAN-AMAL

Rabu, 27 Ogos 2014

Majlis Hari Raya KRS & KaReSma 2014

Majlis Hari Raya 2014
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) & KaReSma
Tarikh : 23 Ogos 2014 ( Sabtu )
Tempat : Pentas Bestari SMKTTDI.
Masa : 8.00 malam.
Barisan Jurulatih Kadet Putera Islam ( KPI )

Alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang telah menghadirkan diri ke Majlis Hari Raya Aidil Fitri 2014 anjuran bersama KRS ( WP ) & KaReSma bertempat di SMKTTDI...

Isnin, 28 Julai 2014

Ucapan Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya serta ahli AJK KARESMA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli KARESMA/KRS serta Jurulatih, di mana jua anda berada.

Kata Imam Al-Ghazali : "yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”.



Pengerusi KARESMA
Mafiz Bin Seth  

Jumaat, 16 Mei 2014

Bicara Pengerusi Karesma - Ucapan Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tarikh 16 Mei adalah suatu tarikh dimana seluruh rakyat Malaysia meraikan warga pendidik di negara kita. Penghargaan diberikan kepada semua 421,393 tenaga pengajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Dengan jumlah pelajar sekolah melebihi 5 juta orang (hampir 20% penduduk Malaysia), secara purata, setiap guru mempunyai seramai 12 orang anak didikan setiap tahun. Bayangkan bagaimana kalau kita mempunyai 12 orang tanggungan? Amat besar tanggungjawab dan pengorbanan seorang guru dalam membentuk masa hadapan anak-anak kita dan menjadi penjana utama kepada modal insan negara.

Kita sebagai ahli KaReSma, secara langsung adalah hasil daripada didikan guru dan jurulatih Kadet Remaja Sekolah. Kita amat beruntung kerana didedahkan dengan elemen ko-kurikulum khusus dari Kementerian Pelajaran Malaysia dimana pembangunan insaniah diberi penekanan disamping pembelajaran di bidang akademik. Elemen-elemen ini telah secara langsung membentuk kita menjadi insan yang berguna dan berjaya pada hari ini. Tanpa kecekalan dan kesabaran guru-guru dalam menerap nilai-nilai murni ini, belum tentu badan beruniform KRS dapat dikekalkan sebagai badan beruniform yang disanjung tinggi oleh pelajar-pelajar, ibu-bapa dan masyarakat.

Bersempena dengan Hari Guru pada hari ini, saya mewakili semua ahli KaReSMA di seluruh negara, ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan tenaga pengajar badan beruniform KRS. Percayalah cikgu-cikgu semua, didikan dan panduan yang diberi, tidak di sia-siakan. Teruskan perjuangan cikgu-cikgu sekalian. Wujudnya KaResMa pada hari ini adalah bukti kukuh kemenjadian modal insan, hasil produk modul Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kami sentiasa berdoa dan memberi penghargaan kepada semua warga pendidik Malaysia terutama sekali yang menyumbang dalam kejayaan aktiviti KRS. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa guru-guru sekalian. 

Ingin saya mengambil kesempatan untuk memberi pengiktirafan istimewa kepada pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Tiga orang guru ini mempunyai visi yang jauh dalam melaksanakan pendekatan yang berkesan bagi melahirkan insan cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL.

Terima kasih tidak terhingga kepada Arwah Cikgu Thani Bin Sha'aban, Ustaz Ahmad Farazila Bin Abdul Ghani dan Cikgu Anuar Bin Abdul Aziz kerana menjadi pencetus kepada modul ko-kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia yang dapat mendukung transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke -21. Guru pengasas yang kami kasihi ini boleh menjadi definisi dan bukti kukuh dalam penghayatan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu 'Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi'.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpeluang menyambut Hari Guru bersama bekas guru Matematik beliau, iaitu Yusof Karto yang berumur 80 tahun.


Terima Kasih Cikgu!

Pengerusi KARESMA
Mafiz Bin Seth   

           







 

Ahad, 11 Mei 2014

Bicara Pengerusi Karesma - Ucapan Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tarikh 11 Mei 2014, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu, terutama sekali ibu-ibu kepada ahli KARESMA. Terima kasih kerana bersusah-payah dalam membesarkan kami untuk menjadi seorang insan yang berguna.

Kepada ahli KARESMA semua, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menganugerahkan sebesar-besar ganjaran diatas segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu kita selama ini. Sayangilah ibu seperti mana dia menyayangi kita.

Tidak lupa juga kepada ahlli KARESMA yang baru sahaja mendapat gelaran ibu. Tahniah di atas kelahiran cahaya mata yang disayangi. Suatu hari nanti, mungkin mereka juga akan membesar menjadi ahli KRS yang hebat seperti ibu-bapa mereka.

Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada
 ibu beliau Tun Rahah Mohammad Noah  


Sekian Terima Kasih

Pengerusi KARESMA
Mafiz Bin Seth       

Isnin, 21 April 2014

Pertandingan Kawad Peringkat Wilayah Persekutuan

Rabu 30 April 2014 / 30 JamadilAkhir 1435H.

   Pertandingan Kawad Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan telah diadakan bertempat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu :-- 

- Kategori Badan Bukan Kerajaan ( NGO ).

- Kategori Badan Kerajaan ( GO ).

- Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Putera & Puteri.

   Dalam Kategori Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Putera yang di pertandingkan :-

- Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Taman Tun Dr. Ismail;

- Naib Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Batu Muda. 

   Dalam Kategori Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) Puteri yang di pertandingkan :-

- Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK Puteri Wilayah;

- Naib Johan Pertandingan telah dimenangi oleh SMK ( Perempuan ) Jalan Ipoh. 

   Dalam pada itu, sewaktu pertandingan sedang dijalankan, Ahli Jawatankuasa KaReSma  turut bersama dalam memberikan semangat dan sokongan moral kepada semua peserta dari sekolah-sekolah yang bertanding. AJK KaReSma juga berpeluang memberikan penerangan kepada para pelajar KRS mengenai kewujudan dan Penubuhan Persatuan KaReSma serta memberi dan menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai Ahli KaReSma. 

   Selain dari itu, AJK KaReSma juga telah membawa 2 orang Jurugambar Professional bagi merakamkan detik-detik bersejarah serta mendokumentasikan majlis pertandingan tersebut bagi tujuan simpanan dan Koleksi untuk Ruang Galeri KaReSma.

   Akhir kata, tahniah dan syabas kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya dan bagi yang tidak berjaya sebenarnya anda adalah hebat kerana telah berjaya mewakili sekolah dan zon masing-masing.

<<<ILMU-IMAN-AMAL>>>

(((Once KRS forever KRS)))

Pemeriksaan terakhir
AJK KaReSma membuat pemerhatian serta pemeriksaan untuk membaiki kesilapan serta kecuaian dalam perbarisan.
AJK KaReSma memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada peserta pertandingan.
KRS Puteri yang penuh bersemangat.
Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia turut memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada para peserta pertandingan.

Pemeriksaan Perbarisan
Sebahagian dari Peserta Pertandingan
Persembahan Akrobatik Motorsikal
Persembahan Akrobatik Motosikal

Rabu, 16 April 2014

KRS : Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Zon Bangsar

Rabu, 16 April 2014, Padang Kem Wardieburn Kuala Lumpur.
  Bermula di awal pagi sehinggalah jam 2.00 petang, telah pun berlangsung dengan jayanya Pertandingan Kawad Kaki di Peringkat Zon Bangsar bagi Sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Unit-unit badan beruniform sekolah.
   Tahniah di ucapkan buat semua pasukan yang telah berjaya. Bagi yang tidak berjaya, kuatkan Semangat anda dan teruskan usaha di masa akan datang. Pasti seatu masa nanti anda akan tetap berjaya. Terbaiklah semuanya...

Isnin, 14 April 2014

Kunjungan Hormat Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) ke Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) di Putrajaya

Isnin 14 April 2014 / 14 JamadilAkhir 1435H.

   Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) di Putrajaya. Kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa KaReSma dan Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) telah bertemu dengan beberapa Pegawai di Kementerian bagi menerangkan halatuju Penubuhan Persatuan KaReSma. Sewaktu pertemuan tersebut, Ahli Jawatankuasa KaReSma telah mendapatkan pandangan dan bimbingan untuk memantapkan lagi pergerakan KaReSma di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa agar ianya selaras  dan menepati dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

   Selain dari itu, satu mesyuarat yang di hadiri oleh Pegawai Tadbir Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Negeri telah di adakan di Kementerian pada waktu yang sama. Ahli Jawatankuasa KaReSma telah di berikan ruang untuk memberikan penerangan dan pencerahan mengenai penubuhan KaReSma dalam mesyuarat tersebut. Penerangan selama 30 minit itu telah menarik minat yang positif dari semua Pegawai yang hadir untuk melebarkan sayap KaReSma ke negeri masing-masing.

Kunjungan hormat dan perbincangan
bersama yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Anuar Bin Haji Abdul Hamid.
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersama dengan yang berbahagia
Encik Wan Mohd Ariffin Bin Wan Hussin.
Pembantu Penolong Pengarah,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersama dengan yang berbahagia
Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia.
Ustaz Ahmad Farazila Bin Abdul Ghani

Penyampaian Cenderahati kepada
Tuan Haji Mohd Anuar Bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyampaian Cenderahati kepada
Encik Wan Mohd Ariffin Bin Wan Hussin
Pembantu Penolong Pengarah,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyampaian Cenderahati kepada
Encik Nazar Bin Mamat
Penolong Pengarah,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Palajaran Malaysia.

Sabtu, 22 Mac 2014

KRS : Kursus Kenaikkan Pangkat Lans Koperal KRS Peringkat Wilayah Persekutuan

Pada 21 - 23/03/2014 ( Jumaat - Ahad ), bertempat di SMK Taman Tun Dr Ismail, Jalan Leong Yew Koh, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Aktiviti KRS iaitu "Kursus Kenaikkan Pangkat bagi Lans Koperal & Koperal KRS di peringkat Wilayah Persekutuan". Ianya telah di sertai dari pelbagai sekolah-sekolah menengah kebangsaan lain.

    Kursus telah di laksanakan dengan jayanya di SMK Taman Tun Dr Ismail serta telah di kawal selia oleh Yang BerBahagia Lt. Kol ( KRS ) Ahmad Farazila Bin Abd Ghani Pengasas KRS Malaysia.

    Semoga dengan ini KRS akan terus maju dan mantap dengan kelahiran Lans Koperal & Koperal KRS ini. TAHNIAH bagi semua yang telah berjaya dan teruskan Usaha anda menuju kejayaan...

(((Once KRS forever KRS)))

<<< ILMU - IMAN - AMAL >>>


Ahad, 5 Januari 2014

KaReSma : Selamat Tahun 2014. Isnin, 06 Jan 2014.

Isnin, 06 Januari 2014.
  Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya.
  Pada tahun ini KaReSma telah merancangkan berbagai program dan aktiviti yang bakal di jayakan dan di laksanakan bagi menggerakkan Persatuan KaReSma menuju ke persada dunia. Antara program terbesar yang bakal di jayakan adalah Majlis Pelancaran Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) ini di Peringkat Kebangsaan.
  Program-program lain juga akan turut di jayakan seterusnya.
  Oleh yang demikian, kami menjemput semua ahli dan yang bukan ahli untuk sama-sama bersiap sedia untuk mengikuti dan menyertai program-program yang bakal kami adakan kelak. Bagi mereka yang masih belum berDaftar, silalah menDaftarkan diri dengan segera. Bagi mereka yang telah berdaftar, anda di minta untuk menjemput dan menghebahkan tentang KaReSma kepada semua rakan-rakan dan kenalan anda supaya mereka dapat turut menyertai dan menjadi Ahli Persatuan KaReSma ini. Semoga dengan keahlian yang ramai akan menjadi satu ikatan silaturrahim yang besar serta sebagai tonggak kukuh untuk Persatuan KaReSma ini agar dapat terus maju di persada dunia dengan pegangan dan Penghayatan Moto KRS iaitu "ILMU-IMAN-AMAL".
{{{Once KRS ferever KRS}}}
Terbaiklah!!!...

Yang benar,
Setiausaha KaReSma.