Isnin 14 April 2014 / 14 JamadilAkhir 1435H.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) di Putrajaya. Kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa KaReSma dan Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) telah bertemu dengan beberapa Pegawai di Kementerian bagi menerangkan halatuju Penubuhan Persatuan KaReSma. Sewaktu pertemuan tersebut, Ahli Jawatankuasa KaReSma telah mendapatkan pandangan dan bimbingan untuk memantapkan lagi pergerakan KaReSma di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa agar ianya selaras dan menepati dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain dari itu, satu mesyuarat yang di hadiri oleh Pegawai Tadbir Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Negeri telah di adakan di Kementerian pada waktu yang sama. Ahli Jawatankuasa KaReSma telah di berikan ruang untuk memberikan penerangan dan pencerahan mengenai penubuhan KaReSma dalam mesyuarat tersebut. Penerangan selama 30 minit itu telah menarik minat yang positif dari semua Pegawai yang hadir untuk melebarkan sayap KaReSma ke negeri masing-masing.
saya faizo dari upsi telah masuk krs dan saya bangga
BalasPadamAssalamualaikum. Bagaimana caranya nak mendaftar sebagai ahli alumni KADET REMAJA SEKOLAH
BalasPadam