Khamis, 21 April 2016

Kunjungan Hormat ke Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 April 2016

21 April 2016 Khamis;
Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) bersama Sekretariat KRS Kebangsaan telah mengadakan Kunjungan Hormat dengan Puan Hajah Foziah Binti Buang, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tujuan dan Objektif bagi Kunjungan Hormat ini adalah untuk memberikan penerangan akan kewujudan KaReSma serta perbincangan halatuju KaReSma agar dapat bekerjasama dalam membawa kualiti dan mutu pendidikan ke tahap yang lebih Baik, Cemerlang dan Terbilang melalui konsep Asas KRS iaitu "ILMU-IMAN-AMAL".

Turut juga di bincangkan bagaimana kerjasama ini akan membawa dan membantu bekas-bekas pelajar yang kini ramai terjebak dengan permasalahan sosial dan sebagainya. Bagi membendung masalah ini supaya dapat di berikan peluang dan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. In Shaa Allah.

Sokongan, Bantuan dan Kerjasama Terbaik dari semua pihak sangatlah di perlukan. Sekian terima kasih...

Once KRS forever KRS
((( ILMU-IMAN-AMAL )))
www.karesma.org

Kenangan bersama
Puan Hajah Foziah Binti Buang
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sesi Penerangan & Perbincangan berkenaan Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma )

Sesi Penerangan

Sesi Perbincangan

Penyerahan dan Pemakaian
Mafla KaReSma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan