Sabtu, 8 April 2017

Ucapan Rasmi Pulangnya Ke Rahmatullah Allahyarham Kolonel KRS Dato' Hj. Anuar bin Abdul Aziz

Ucapan Rasmi Pulangnya Ke Rahmatullah Allahyarham Kolonel KRS Dato' Hj. Anuar bin Abdul Aziz

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Saya bagi pihak Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) dengan penuh dukacita ingin memaklumkan bahawa Allahyarham Kolonel KRS Dato' Hj. Anuar bin Abdul Aziz telah kembali kerahmatullah pada hari Sabtu 8hb April 2017 bersamaan 11 Rejab 1438H pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham adalah merupakan salah seorang Pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) dan pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar kepada KRS & KaReSma di mana Allahyarham telah banyak menabur jasa dan bakti dalam KRS dari peringkat awal penubuhan dan pemerkasaan pasukan beruniform tersebut sehingga kini. Kepimpinan melalui teladan yang memberi fokus kepada aspek ILMU, IMAN dan AMAL serta ketegasan dalam mendidik anak-anak bangsa menjadikan Allahyarham senantiasa dihormati dan disegani oleh warga KRS dan KaReSma.

Didoakan agar roh Allahyarham senantiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan para Salihin oleh Allah S.W.T.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Sekian, Wassalam.

Muhammad Nubhan bin Datuk Abu Talib
Timbalan Pengerusi,  Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan