Khamis, 21 April 2016

Kunjungan Hormat ke Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 April 2016

21 April 2016 Khamis;
Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) bersama Sekretariat KRS Kebangsaan telah mengadakan Kunjungan Hormat dengan Puan Hajah Foziah Binti Buang, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tujuan dan Objektif bagi Kunjungan Hormat ini adalah untuk memberikan penerangan akan kewujudan KaReSma serta perbincangan halatuju KaReSma agar dapat bekerjasama dalam membawa kualiti dan mutu pendidikan ke tahap yang lebih Baik, Cemerlang dan Terbilang melalui konsep Asas KRS iaitu "ILMU-IMAN-AMAL".

Turut juga di bincangkan bagaimana kerjasama ini akan membawa dan membantu bekas-bekas pelajar yang kini ramai terjebak dengan permasalahan sosial dan sebagainya. Bagi membendung masalah ini supaya dapat di berikan peluang dan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. In Shaa Allah.

Sokongan, Bantuan dan Kerjasama Terbaik dari semua pihak sangatlah di perlukan. Sekian terima kasih...

Once KRS forever KRS
((( ILMU-IMAN-AMAL )))
www.karesma.org

Kenangan bersama
Puan Hajah Foziah Binti Buang
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sesi Penerangan & Perbincangan berkenaan Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma )

Sesi Penerangan

Sesi Perbincangan

Penyerahan dan Pemakaian
Mafla KaReSma

Rabu, 20 April 2016

Jemputan Retreat Nostalgia KaReSma 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

PERHATIAN SEMUA AHLI KARESMA!!!

Program "Retreat Nostalgia KaReSma 2016".
Khas untuk semua bekas pelajar KPI / KRIS / KRS dan Ahli KARESMA sahaja.

Program ini akan di adakan pada :-
Tarikh :- 7 & 8 May 2016.
Hari :- Sabtu & Ahad ( 2 Hari 1 Malam ).
Tempat :- Hutan Lipur Lentang, Pahang.
Penyertaan :- Lelaki sahaja.

Aturcara :-
07 May 2016
09.00 pg : Pendaftaran.
10.00 pg : Suai kenal & Mendirikan Khemah.
11.00 pg : Aktiviti
01.00 ptg : Solat Zohor.
02.30 ptg : KAMBING GOLEK.
04.00 ptg : Solat Asar.
05.00 ptg : Aktiviti.
07.00 mlm : Solat Magrib, Tazkirah & Solat Isyak.
09.00 mlm : BBQ Time.
11.00 mlm : Aktiviti.
12.00 mlm : Berehat & Tidur.

08 May 2016
06.00 pg : Solat Subuh & Tazkirah.
07.30 pg : Sarapan Pagi.
08.30 pg : Aktiviti.
10.30 pg : Aktiviti.
12.00 tgh : Berkemas.
01.00 ptg : Bersurai...

Yuran Penyertaan : RM100 seorang.
*TEMPAT AMATLAH TERHAD!!!
Tarikh akhir Sahkan penyertaan pada 02 May 2016.

Sila SAH penyertaan anda segera!!!
Semua bayaran adalah melalui Akaun Maybank KaReSma sahaja. No. AC :- 564276517326

Sila maklumkan segera :-
En Ahmad ( 019-2516500 )
En Azam ( 016-3870582 )

Sekian Terima Kasih.
Wassalam.
Once KRS forever KRS
(((ILMU-IMAN-AMAL)))
www.karesma.org

Selasa, 29 Mac 2016

Majlis Pentauliahan Pangkat Kepegawaian KRS Wilayah Persekutuan 2016

28 & 29 March 2016;
Majlis Pentauliahan Pangkat Kepegawaian Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah di adakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan ( SMAWIP ).

Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah di Ucapkan kepada semua yang telah menerima Pentauliahan tersebut. Anda Memang Terbaiklah...

Di samping itu, Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) juga turut menyertai Majlis ini dengan menyediakan booth Pameran KaReSma bagi menyebarkan maklumat dan memberikan penerangan tentang KaReSma kepada semua.

((( ILMU-IMAN-AMAL )))