Sabtu, 21 Disember 2013

KaReSma : Pengasas KRS menunaikan Umrah 2013

Pengasas KRS Malaysia sedang bersiap untuk pergi melaksanakan Umrah bagi tahun 2013 ini. Semoga beliau sentiasa di Berkati Allah SWT... Allahuakbar...

Jumaat, 20 Disember 2013

KaReSma : Kelulusan Pendaftaran Pertubuhan Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) pada 31 Julai 2013

Rabu 31 Julai 2013, Hari ini dalam Sejarah kerana dengan rasminya Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) di peringkat Kebangsaan telah di Luluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan ( ROS ).
Penubuhan KaReSma ini adalah menjadi penyambung kesinambungan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dari peringkat persekolahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Pertubuhan ini juga akan menjadi medan penggabungan keseluruhan KRS di serata tempat, kawasan, daerah, cawangan dan negeri di bawah satu Pertubuhan sahaja.
Dengan itu, semua bekas KRS di peringkat sekolah yang telah tamat persekolahan adalah di galakkan menyertai Pertubuhan KaReSma ini. Pertubuhan ini juga adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dan ingin berkhidmat bersama-sama KaReSma dalam penghayatan teras KRS iaitu "ILMU IMAN AMAL"... Terbaiklah...

Khamis, 19 Disember 2013

KaReSma : Hari ini Bendera, Lambang & Lencana KaReSma telah di Luluskan oleh ROS.

Hari ini Khamis 19/12/2013, Kelulusan di dalam Perlembagaan Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) bagi Bendera, Lambang & Lencana KaReSma telah pun di Luluskan oleh Pejabat Pendaftar Persatuan Wilayah Persekutuan ( ROS ). Dengan ini, secara Rasminya ianya telah boleh di guna pakai bagi / untuk semua urusan Persatuan KaReSma. Alhamdulillah.


Rabu, 18 Disember 2013

KaReSma : Proses membuka Akaun Bank untuk Persatuan.

Hari ini Rabu 18/12/2013 jam 11.00 pagi, AJK KaReSma yang terlibat terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah berkumpul di MayBank Cawangan TTDI Jalan Aminuddin Baki, ianya adalah dalam usaha untuk membuka akaun persatuan bagi menguruskan kewangan persatuan sebagaimana yang telah tertakluk di dalam sistem Perlembagaan KaReSma. Proses tersebut telah pun berjalan lancar. Sekian terima kasih... Terbaiklah...

Sabtu, 14 Disember 2013

KaReSma : Sesi Photografi Baju Korporat KaReSma

Alhamdulillah... Tanggal 14 Dis 2013 hari Sabtu jam 5.00ptg, Sesi photografi baju korporat KaReSma telah berjaya di jalankan bersama dengan Pengasas KRS Malaysia. Ianya di jalankan di pejabat pengurusan Persatuan Alumni KRS Malaysia ( KaReSma ) di Musolla Ahmadiah SMKTTDI.
<<<ILMU-IMAN-AMAL>>>
{{{Once KRS forever KRS}}}