Jumaat, 20 Disember 2013

KaReSma : Kelulusan Pendaftaran Pertubuhan Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) pada 31 Julai 2013

Rabu 31 Julai 2013, Hari ini dalam Sejarah kerana dengan rasminya Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KaReSma ) di peringkat Kebangsaan telah di Luluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan ( ROS ).
Penubuhan KaReSma ini adalah menjadi penyambung kesinambungan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dari peringkat persekolahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Pertubuhan ini juga akan menjadi medan penggabungan keseluruhan KRS di serata tempat, kawasan, daerah, cawangan dan negeri di bawah satu Pertubuhan sahaja.
Dengan itu, semua bekas KRS di peringkat sekolah yang telah tamat persekolahan adalah di galakkan menyertai Pertubuhan KaReSma ini. Pertubuhan ini juga adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dan ingin berkhidmat bersama-sama KaReSma dalam penghayatan teras KRS iaitu "ILMU IMAN AMAL"... Terbaiklah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan