Khamis, 23 April 2015

KaReSma bersama KRS di Kuantan

19 - 23 April 2015, Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Peringkat Kebangsaan 2015 bertempat di Pusat Kokurikulum Kuantan Pahang.

Program ini turut di sertai oleh Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KARESMA ) yang akan menjadi sumber inspirasi serta memberikan dan menambah suntikkan Semangat kepada semua Kontinjen-kontinjen yang hadir dari seluruh pelusuk negeri dalam menjayakan keseluruhan program-program KRS ini dengan lebih hebat.

KARESMA juga telah mengadakan Forum "Apabila KaReSma Berbicara" secara santai. Moderator bagi Forum adalah Ustaz Ahmad Farazila ( Pengasas KRS ) bersama Mejar Anuar ( Pengasas KRS ). Forum ini bertujuan untuk menyuntik Semangat KeNegaraan dan Patriotik serta mempamerkan model-model insan yang telah berjaya melalui penghayatan "ILMU IMAN AMAL" selaku teras dan amalan yang telah di terap dan di sematkan di dalam Modul KRS di peringkat persekolahan. Hasil dari kemenjadian model insan itu telah berjaya melahirkan Generasi Hebat di peringkat Professional ketika ini.

Penerangan tentang penubuhan KaReSma adalah untuk meneruskan lagi kesinambungan KRS ke persada antarabangsa serta ke peringkat yang lebih tinggi dalam melahirkan insan yang berkualiti dan menyediakan landasan untuk bekas KRS untuk terus maju dan berjaya. Di samping mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan semua KRS dari serata negeri yang telah menghadirkan diri pada program ini.

Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Sekretariat KRS, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Pahang, Urusetia Perkhemahan serta kepada semua Ahli KaReSma yang telah melibatkan diri dengan jayanya di dalam program ini. Segala kerjasama yang telah di berikan amatlah kami hargai. Semoga kerjasama hebat ini dapat di teruskan lagi di masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

Once KRS forever KRS.

(((ILMU-IMAN-AMAL)))


Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Kebangsaan 2015

Ahli KaReSma & Pengasas KRS Malaysia bersama Kontinjen-Kontinjen KRS.

Forum "Apabila KaReSma Berbicara"
Ustaz Ahmad Farazila selaku Moderator bersama Panel Jemputan Ahli KaReSma
iaitu bekas Pelajar KPI / KRIS / KRS
yang terdiri dari golongan Professional.

Ahli KaReSma bersama
Mejar Anuar ( Pengasas KRS Malaysia )

Ahli KaReSma bersama
Ustaz Ahmad Farazila
( Pengasas KRS Malaysia )

Ahli KaReSma berbicara dengan
Pengasas KRS Malaysia.

Ahli KaReSma berbicara seketika.

Kunjungan Wakil KaReSma bagi memberikan penerangan ringkas dan mendapatkan maklumbalas dari kontinjen pelajar KRS lelaki.

Kapten Nubhan ( Ahli KaReSma ) sedang memberikan pendedahan mengenai kerjaya sebagai JuruTerbang.

AJK KaReSma bergambar untuk kenangan.

Penyerahan Cenderahati daripada
Pihak KaReSma yang telah di serahkan oleh
Pengerusi KaReSma kepada
Wakil Pegawai Tadbir Kuantan dan semua Kontinjen yang terlibat sebagai kenangan.

Ruang Jualan T-Shirt KaReSma.

Ruang Pameran semua Aktiviti KaReSma.

Ruang Jualan T-Shirt KaReSma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan